Jumaat, 17 Februari 2012

cerpen pertamaku..

hohoho..hai,asalamualaikum...apa kahabar..??
tiba-tiba hari ini rasa nak update sikit la tentang Miss punya cerpen sulung..sebenarnya itu bukannya cerpen sulung..cerpen sulung Miss sebenarnya Miss pun tak tau...sebab terlalu asyik menulis sangat...
Miss bukannya pandai sangat pun..cuma isi masa lapang jer..(tak kisah lakan kalau selalu Miss kena marah..dan bilik miss asyik bersepah)..dah la jom kita sama2 baca cerpen pertama Miss yang agak mendapat sambutan dari kengkawan..


                               RAJUK AKU..
hidup alam persekolah menengah memang best.Sebab masa inilah kita akan bersaing antara satu sama lain..tak kira lah nak bersaing dalam siapa selalu ponteng kelas,lawan parut siapa paling banyak..WOW! memang best kut! Cara aku pergi sekolah memang ala gangster sikit la.Rambut diikat,lengan baju dilipat hingga paras siku,kasut..hehee kasut putih la.Selalunya aku akan dihantar oleh pemandu aku atau lebih dikenali Mr.Mat,nama sebenarnya Ahmad bin Abdullah,nak panggil Pak Mat macam citer pukul 6.00 petang pulak. So,aku ubah sikit..selepas Mr.Mat hantar aku di sekolah,aku berjalan masuk ke pekarangan sekolah. "jap mana tanda nama ?" tanya seorang pengawas.Aku mengeluarkan tanda nama macam cikgu selalu pakai kemudian aku pinkan di baju.Pengawas tadi hanya diam dan membenarkan aku masuk.Mata aku mencari-cari kawan-kawan aku.Entah dah sampai sekolah ataupun dirumah masih make-up macam opera cina.hahaaha...pagi-pagi dah kutuk kawan sendiri.Apa punya kawan la aku ni. "Sila beratur ke tapak perhimpunan sekarang!!" arah ketua pengawas a.k.a Abang Muhd Hafizi atau lebih dikenali Abang Fyzi. Pelajar-pelajar semua bergerak di tapak perhimpunan kecuali aku yang masih terkial-kial lagi mencari kelibat kawa-kawan aku. Aku mula berjalan perlahan-lahan tapi semasa aku berjalan ada suara orang panggil aku,tahu sangat dah siapa yang panggil aku,siapa lagi selain daripada kawan-kawan aku.Semasa di perhimpunan awal-awal pagi dah kena latih vokal untuk menyanyi lagu sekolah..arghh..tak best..kan bagus kalau suruh latih vokal lagu korea ke..perghh..gerenti tak habis sampai balik..dijamin!Lepas saja nyanyi lagu sekolah,ada laporan displin,ucapan pegetua dan  banyak lagi la..yang pasti lepas saja perhimpunan ada sport-check..nasib la siapa yang tidak mengikut undang-undang sekolah kan..?
    
Masuk dalam kelas,mula-mula kena bersihkan kelas..time masuk kelas,kelas nampak bersih je..tak payah la nak bersihkan.Waktu pelajaran pun bermula,walaupun kelas aku ni dikategorikan sebagai kelas yang agak baik tetapi selalu juga kena marah..heheehe.."siapa yang tak bawa buku teks sila bangun,sekarang!!" arah Cikgu Lan atau namanya En. Razlan.Rotan ditangannya mula bersiap sedia untuk menghukum pelajar yang tak bawa buku teks..lebih kurang 20/37 orang tak bawa..antara asalan tak bawa buku : 
1) "beg berat la cikgu.."
2)" maaf cikgu saya lupa bawa"
3) "salah ikut jadual la cikgu"
nasib baik la aku bawa..kalau tak..!! nasib lah aku kena dengan cikgu Lan..Cikgu Lan berjalan sambil matanya melihat sorang-sorang pelajarnya.Tiba di tempat yang pelajar yang berdiri terpaksalah mereka kena hukuman.Tiba di tempat aku,Cikgu Lan tengok aku lain macam..hati aku dah berdegup kencang..silap-silap jantung ni boleh tercabut jugak.."Eryna Safina" panggil Cikgu Lan.Aku memandang Cikgu Lan."ada orang nak jumpa kamu," ucap Cikgu Lan.Aku mengangguk dan keluar dari kelas."sapa nak jumpa aku time-time macam ni?" tanya hatiku..aku melihat satu lembagani,bila aku tengok dia,dia tengok aku sambil mengaris satu senyuman yang mains kepadaku..aku mula berlari masuk ke kelas..tapi dia menghalang aku masuk ke kelas..sebaliknya dia yang ke kelas dan memberitahu bahawa dia terpaksa bawa balik aku..arghh..pandainya dia bohong.!!Cikgu Lan menyuruh aku membawa `dia` ke pejabat untuk membawa aku pulang.Selepas proses membawa aku pulang berjaya..aku dan `dia` berjalan menuju ke arah kereta Honda City miliknya yan tersadai elok di tengah-tengah tapak perhimpunan.."pergi la tukar baju dulu.kat toilet `abang` tunggu kat sini," ucap dirinya sebaik sahaja dia memberhentikan keretanya di stesen minyak.Tanpa membuang masa,aku pergi tandas dan meyalin baju.Lebih kurang 20 minit,aku pergi ke kereta bersama baju sekolah yang baru aku tukar tadi."you look beautiful," puji dirinya.Dia yang aku maksudkan itu adalah abang kandung aku sendiri..Adrie Syariel yang baru habis menutut di NZ.Abang aku ni dia jenis suka K-POP so,tak kisah la kalau dalam bilik dia sahaja ada berpuluh-puluh gambar,poster,CD,lagu..K-POP..sesuai la dengan kulit dia yang putih gebu tambah pula bila dia senyum jelas lesug pipitnya kedua-dua pelah pipinya.Nak pendekan cerita macam Lee Dong Wook  yang berlakon dalam cerita MY Girl tu..lebih kurang macam tu la.."balik tak bagitau,e-mel tak,telefon pun tak."ucap aku selepas kami diam sektika.Masih jelas memori aku waktu aku berumur 17 tahun yang tak lama lagi nak SPM masa tu..waktu tu aku tengah syok berchatting dengan kawan-kawan di FB.Pintu bilik diketuk.Aku terus menyimpan laptop di bawah kain selimut yang tebal dan buat-buat tengah frust belajar."adik buka pintu jap,"ucap abang yang berada diluar.Aku berlari untuk membuka pintu bilik." bergaya tak sudah-sudah,nak pergi mana abang..?,"tanya aku.Dia hanya senyum dan muka kemerah-merahan seperti menahan sesuatu.Tiba-tiba air matanya mengalir perlahan-lahan di pipi."abang..?napa ni..?" aku mula cemas.Dia mengesat air matanya dan memberi aku sekeping nota sambil tersenyum sebelum pergi entah kemana.Aku membuka kertas itu perlahan-lahan dan membacanya.
                                    untuk adik abang yang abang sayangi,
                                   abang akan sambung belajar di New Zealand..maaf tak bagitahu awal
                                   adik jangan takut,abang akan selalu contact adik..abang janji..i will promise 
                                   you,i`ll live with my eye filled only with you,i will promise with you i`ll live
                                   with my arms holding when i wake up and until the moment i go to sleep
                                  i`ll yearn only for you..i love you forever don`t forget these word
                                  i love you forever..Eryna Safina..
                                                                                                                      
                                                                                                       ADRIE SYARIEL..


kereta Mr.Mat sudah meninggalkan kawasan rumah,aku terus mencapai helmet di ruang tamu dan mengambil kunci motor untuk mengejar abang yang akan berlepas ke NZ malam ni..aku mengekori kereta Mr.Mat kira-kira 100 meter dari belakang.Tiba-tiba jugak time tu minyak motor nak habis..arghhh.. aku menjerit dan mecari stesen minyak yang dekat.Selepas isi minyak,aku terus memecut dan terus ke KLIA.Aku memakir motor dan mecari abang.Bila aku melangkah masuk..berpuluh ribu manusia sedang berpusu-pusu masuk dan keluar KLIA..aku terus mencari abang dan akhirnya aku temui abang yang sedang bersembang dengan kawanya yang jaraknya dengan aku kira-kira 100 meter dari tempat yang aku berdiri tu..kawan abang yang menyedari aku asyik melihat dirinya dan abang mula memberi isyarat kepada abang untuk melihat diri aku..aku terasa berat sangat nak melangkah kearah abang tapi amat ringan untuk aku berpatah pulang ke pintu utama..abang mengejar aku..abang hampiri aku..dan membisik sesuatu di halwa di telinga aku.."abang cuma nak buktikan kat adik abang yang abang nak adik abang yang sorang nie..ikut jejak abang..jangan la nangis..susah hati abang nak pergi nanti.."ucap abang perlahan. Sememangnya aku tak boleh sangat nak tahan air mata dari jatuh..abang tahu yang aku tengah sedih sekarang ni terus dipeluknya erat tubuhku yang kecil nie dalam dakapannya..Panggilan untuk berlepas sudah didengari.Abang melepas pelukan tadi dan mul bergerak ke tempat balai perlepasan.Aku cuba untuk mengejar abang tapi tak kesampaian bila mama dan papa menahan diriku ini.Hanya tangisan yang memainkan peranan kini.Sudah 3 tahun abang di NZ..segala mesej yang abang hantar,e-mel yang abang hantar..tidak satu pun aku balas hingga kepulangannya pun aku tak tahu.."adik..adik.."panggil abang yang mengejutkan lamunan aku.Kereta sudah berhenti di satu kedai makan yang isitimewa yang aku suka.Abang senyum kelat.Seolah-olah dia tahu apa yang aku temenungkan sejak tadi.Aku keluar dari kereta dan terus ke kedai tersebut.Abang hanya megekori aku dari belakang."nak,tak baik tinggal calon suami di belakang,"ucap seorang pakcik sambil merenung diriku..aku mengalih pandangan di belakang tapi bila aku pusing tiada seorang pun lelaki yang nak jadikan sebagai calon suami kecuali abang yang tengah control macho nak masuk kat kedai ini adalah.."terimalah dia seadannya,'' ucap seorang pula makcik yang melintasi didepan aku..aku kaget gila siapa yang yang jadi calon suami aku tu..?? kami memilih tempat yng jauh dari orang.."kenapa orang disini pelik..?" tanya aku dekat abang.. abang tidak menjawab tetapi tersenyum manis sambil nampak lesung pipitnya yang menjadi igauan setiap wanita."adik,abang nak kahwin hujung bulan nie..," ucapa abang tenang.aku diam seribu bahasa."cepatnya.." ucapku.." nanti dah tak boleh dahkan nak main dengan abang..?" dugaku..aku hanya tersenyum.." taklah..we still together ok..?'' ucap abang yang bagi yakin dekat aku.aku menghela nafas berat.Sangkakan aku abang pulang ke Malaysia untuk menghabiskan masa bersamaku dulu..tapi pulang untuk berkahwain..OMG..aku bagai terawang-awangan sekarang ini.."adik..jangan risau la..."ucap abang.aku hanya tersenyum.
     Bertempat di Masjid Sultan Zainal Abidin,abang sudah bersedia untuk diijab kabuldengan pilihan hatinya.Aku yang masih berada di luar berlari untuk masuk ke pintu masjid nak menyaksikan abang akad nikah.disaat tok imam berkata "aku nikahkan engkau dengan Nur Sofieya binti Abdul helmi dengan mas kahwin RM200.00 tunai,"  terdengar bunyi hon kereta yang panjang di luar masjid.Hati abang mula dihimpit pelbagai perasan.Si dia mula menjerit memanggil nama abang untuk keluar.Dengan pantas abang keluar sambil melihat apa yang terjadi."Adikkk!!!" jerit abang. " abang adik minta maaf sebab merajuk dengan abang selama ni..maafkan adik..abang.." ucapku tersekat-sekat sambil aku merasakan ada cecair keluar dari hidungku.abang terus menjerit memnita tolong..habis pakai pengantinnya basah dengan darah."abang takpe..adik gembira kalau abang dah maafkan adik..abang selamat pengganti baru," ucap aku sambil menghembus nafas yang terakhir di atas riba abang..abang memeluk erat tubuhku yang sudah pun terkaku.
Setiap malam aku melihat abang selalu membaca Yasin untukku..selalu tatap gambar aku..hidup abang kini sunyi dengan gelak tawa aku..walaupun dia sudah berumah tangga..

   ~maafkan diriku kerana membina tembok pentingkan diri sendiri dalam hidup ini~

ehem..macam mana okey tak..?kalau ada komen silalah komen yer..komen anda amat saya hargai..sekian..
~miss~

2 ulasan: