Isnin, 4 Jun 2012

MaRReLLoSA Girl


MaRReLLosa GiRlz
Enam gadis berjalan masuk ke dalam kelas 5 Kejora dengan muka selamba dan ceria. Masing-masing tidak membuka suara hingga mereka meletak beg mereka dan melepaskan penat di dada. “guys..” panggil Fie kepada gengnya. Syaz,Aiy,Ariz,Aiel dan Qisz memandang Fie. Fie hanya tersenyum sinis dan memberi isyarat kepada mereka. Masing-masing mencari maksud yang ingin disampaikan oleh Fie. “wah,seronoknya aku hari ni,tadi aku jumpa ‘blusher’ dan baru jer tadi aku berjalan dengan dia,” sengaja Fie bercakap kuat semasa Wani dan Zaini masuk ke dalam kelas. Mereka berdua hanya menjeling tajam ke arah Fie. “tadi ‘blusher’ bagi bunga ros putih dekat kau ek,Fie? Romantik giler dia,” ucap Qisz yang sudah pun faham maksud yang ingin disampaikan oleh Fie. Yang lain hanya ketawa jahat sambil menjeling ke arah Wani dan Zaini. “guys…you want know something? Last night aku dengan Zarul baru jer..” Aiel memberhenti di situ dan membiarkan Syaz menyambungnya. “owhh..pasal tu, biasa lah aku dengan Zarul ni ‘rapat’ so semalam dia baru saja belanja aku dan Aiel makan,” sambung Syaz. Wani dan Zaini cuba membuat geng MaRReLLoSa cemburu dengan bersembang dengan budak lelaki di kelas mereka. “tak baik la korang ni tau,” ucap Wani dengan gaya mengada-gada kepada Kimie dan Dek Wan. Fie hanya memberi isyarat  kepada geng MaRReLLoSa dengan mengenyitkan matanya kepada Ariz untuk memulakan ‘permainan’ tersebut dengan lebih rancak. Qisz mula mengikut Ariz untuk membantunya. Aiel, mendekati ketua tingkatan iaitu Amie manakala Syaz dan Aiy hanya menunggu peluang keemasan untuk ‘menghasut’ pelajar lelaki. “ Kimie,boleh tolong Wani buat something?” ucap Wani mengada-gada sambil membuat gaya gediknya itu. Zaini yang di sebelahnya mula mencari peluang untuk mendekati Zain dan Ariff kerana geng MaRReLLoSa amat rapat dengan mereka. Semasa Zaini dan Wani mula membuat geng MaRReLLoSa cemburu dan sakit hati tiba-tiba mereka melihat kelibat Ariz dan Qisz sedang ketawa dan bergurau senda dengan Amierul atau lebih dikenali dengan panggilan ‘blusher’. Tindakan Qisz yang cuba mencubit lengan Amierul menambahkan lagi cemburu Zaini kerana Zaini dan Amierul bercinta. Amierul yang tidak sedar dirinya diperhatikan oleh Zaini mula menarik hidung Qisz namun Qisz sempat mengelaknya dan bermula kejar mengejar antara dirinya dan Amierul. Aiel pura-pura bersembang dengan Amie dan sengaja dirinya bercakap kuat. “ wey Zaini, tu bukannya ‘pakwe’ kesayangan kau ke? Napa dia main kejar-kejar dengan Qisz? Tak cemburu ke?” semua pelajar di kelas 5 Kejora memandang wajah Zaini sambil berkata ‘Booo’ kepada Zaini. Zaini yang berasa malu dan marah mula meninggalkan kelas tersebut dan ke tandas. Giliran Syaz dan Aiy pula untuk menghasut pelajar 3 Kejora. “eh Dek Wan, mana Zarul? Bukannya tadi dia ada masa perhimpunan,” tanya Syaz. “ohh..dia pergi dengan Zain,tak tahu pergi mana,” balas Dek Wan yang membaca buku di dalam kelas. Fie melangkah masuk ke dalam tandas untuk membasuh muka kerana dirinya hampir tertidur di dalam kelas. “oppss..maaf,” ucap Fie kerana terlanggar salah seorang kawan Zaini,Ira yang berada di belakang Fie. “jalan tak guna mata ke woi!”peril Zaini apabila dia melihat Fie terlanggar Ira. Langkah Fie terhenti di situ apabila dirinya terasa di perkata sebegitu. “maaf la, tadi aku tak nampak kau,Ira. Seronok sangat tadi bila tengok orang tu cemburu,” Fie membidas kata-kata Zaini sambil tersenyum sinis kepadanya. Zaini,Wani dan Ira memandang Fie dengan pandangan tidak puas hati. “habislah kau hari ni MaRReLLosa’s Geng!” jerit Zaini di dalam hatinya. “Fie,” panggil Zain tiba-tiba. Fie mengalih pandangan ke arah Zain semasa dirinya melangkah masuk ke dalam kelas. “surprise,” jerit semua orang kepada Fie. MaRReLLoSa Geng terkejut dengan satu susuk tubuh seseorang ini. Langkah yang diaturnya menghampiri ketua Geng MaRReLLoSa dengan senyum manis namun hanya jelingan yang diberikan kepada oleh ketua geng MaRReLLosa iaitu Fie. Langkahnya terhenti sambil memandang diri Fie yang tercegat dengan kehadirannya. Lama dirinya memerhatikan diri Fie. “Helmi!!” jerit manja Wani kepada pelajar lelaki yang baru masuk tadi. Dengan serta merta Wani menarik lengan Helmi ke tempat duduk yang kosong. “bangun!” ucap Amie selaku ketua kelas apabila guru mata pelajaran masuk ke dalam kelas 3 Kejora. Semu pelajar bangun dan mengucap selamat pagi kepada guru mata pelajaran tersebut. “tolong buat kumpulan masing-masing dan carikan sekurang-kurang 5 isi dan huraian serta contoh tentang tajuk yang diberikan,”ucap guru mata pelajaran bahasa melayu dengan tegas. Kebanyakkan pelajar lebih suka mengambil kesempatan untuk bersama dengan Geng MaRReLLoSa kerana mereka ini bukannya calang-calang pelajar di kelas 3 Kejora. Mereka mempunyai daya ingatan yang tinggi,bahasa yang cukup tinggi serta pandai dalam pelajaran dalam semua subjek. Di mata pelajar lain Geng MaRReLLoSa merupakan sebuah kumpulan yang agak baik dan berdisplin hingga tiada satu zarah ketidak sempurnaan kepada kumpulan tersebut. Mereka merupakan geng yang paling dihormati oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Geng MaRReLLoSa merupakan geng yang baru bertapak di sekolah. Pada mulanya mereka bukanlah sehati dan sejiwa cuma chemistry yang ada di dalam diri masing-masing mampu menyatukan mereka. Mereka bukan lah kumpulan yang jahat atau baik,mereka merupakan kumpulan yang bertindak mengikut akal dan emosi masing-masing. Mereka bukannya ‘satu kepala’  dan mereka mempunyai ego yang sangat tinggi dalam kumpulan tersebut. Mereka sentiasa berbincang dan berkongsi masalah. Mereka ramah dengan semua orang. Prinsip yang dipegang oleh setiap ahli MaRReLLoSa adalah ‘never cry if don’t try hard’ ada  beberapa peraturan dalam ahli tersebut untuk dipatuhi.
1.      Jangan terburu-buru mengikut amarah jika ada masalah
2.      Jangan mempercayai sesorang jika kita tidak pasti
3.      Tak salah jika anda bercinta tetapi hati-hati jangan sampai membocori rahsia MaRReLLoSa Geng
4.      Bersatu dan mempercayai
5.      Jangan lihat kepada kelemahan diri dan sentiasa mengetahui kekuatan diri dalam dan luar.        
“ Fie,” panggil Helmi apabila MaRReLLoSa Geng keluar untuk pergi makan di kantin. Fie mengalih pandangan ke arah Helmi di dalam kelas dan hanya tersenyum sini kepadanya dan berlalu pergi. “kau apa hal main tolak-tolak ni?” marah Qisz kepada Zaini dan Wani apabila mereka sengaja menolak diri Qisz ketika membeli makanan. “ada aku kisah,” balas Wani kasar. Tanpa diduga Qisz sudah pun menampar pipi Wani secara diam-diam di dalam kesesakan orang ramai membeli makanan. Wani menahan kesakitan dan mula membalas kembali apa yang dilakukan oleh Qisz. Wani menarik rambut Qisz namun Qisz segera menendang perut Wani hingga tersungkur. “kau jangan cari masalah dengan aku,kalau tak…,” ugut Qisz sebelum dirinya berlalu pergi. Wani memandang diri Qisz yang berlalu pergi dengan perasaan benci dan marah. “mati kau hari ini Qisz!” jerit hati Wani. “Fie!!” jerit Helmi apabila ada pelajar lelaki cuba menganggu Fie yang sedang makan. “kau apa hal ?” ucap Fie kasar apabila Helmi menganggu dirinya dan senior-seniornya di kantin. “kau belah sekarang,kau jangan ganggu dia!” marah Helmi apabila seorang lelaki cuba mendekati Fie. “ kau apa hal Helmi? Eh,kau ni saja matikan selera aku nak makan tau tak..eh, belah la!” marah Fie apabila Helmi menganggu dirinya tengah makan sambil bersembang dengan seniornya itu. Segera dirinya pergi dari di situ sambil di ikuti beberapa pelajar lelaki tingkatan lima. MaRReLLoSa Geng berkumpul di astaka sekolah dengan perasaan marah. “aku rasa kita patut belasahkan si Helmi tu,menyemak saja aku tengok, kalau aku ni ada kuasa dalam sekolah ni dah lama aku ‘hapus’kan dia!” marah Fie yang memulakan perbincangan. “bukan dia seorang saja,kalau boleh kau buang sekali dengan Wani dan Zaini tu,meyemak alam saja aku tengok !” marah Qisz berapi-api. “asal kau tak belasah saja diri dia Qisz ?” tanya Aiel. “kira dia tu nasib baik la sebab aku cuba tendang perut dia bukan lagi aku tumbuk dia,kalau tak memang ‘mati’ budak tu aku kerjakan!” marah Qisz. “berapa lama lagi kita kena tahan dengan Geng Qusyai, aku dapat tahu yang mereka tengah cari orang nak belasah kita,” ucap Syaz. “aku tak kisah pun kalau dia nak belasah aku,Cuma aku takut..,” ayat Fie terhenti di situ. MaRReLLoSa Geng diam seribu bahasa apabila ada beberapa orang pelajar datang ke arah mereka sambil menepuk tangan. “Geng Qusyai,” ucap Aiy perlahan. Fie merenung tajam ke arah Qusyairul dan semua yang berkepung Geng MaRReLLoSa. “aku bagi kau pilihan,sama ada kau nak tolong aku ataupun tidak dalam masalah aku,”ucap Qusyairul sinis sambil mendekati Fie yang masih merenung tajam wajahnya itu. “kalau aku tak nak?” ucap Fie yang melihat diri Qusyairul dengan ekor matanya itu. “kau kenal Azwan? Kau kenal Syaminz? Kau kenal Putra? Kau kenal Ikhwan? Kau kenal Ayie? Dan kau kenal tak Nazreen?  ‘pakwe-pakwe’ korangkan? Kau nak tak tengok mereka kena sesuatu ?” ugut Qusyairul sambil mencekik leher Fie dari belakang. Fie memandang wajah satu per satu MaRReLLoSa Geng. Masing-masing berharap sesuatu agar lelaki yang di sebutkan oleh Qusyairul tadi tidak di apa-apakan. “kalau aku nak?” tanya Fie pula. “senang saja, kau ikut dalam plan yang aku bagi ni dan selesai kerja kau,”ucap Qusyairul sambil merenung anak mata Fie itu dan tersenyum manis kepada Fie. Fie memandang wajah-wajah MaRReLLoSa Geng dan menarik nafas sedalam-dalamnya. “kau bagi aku bincang dulu,lepas habis sekolah aku jumpa kau tempat biasa,” arah Fie. “tapi ingat kalau kau cuba tipu aku..tahulah nasib kau!” amaran Qusyairul sebelum pergi. “kau nak buat apa Fie?” tanya Qisz yang melihat diri Fie diam dan memikirkan sesuatu. “ Fie, aku sayangkan Azwan,” ucap Aiel perlahan. Fie merenung wajah Aiel itu sambil tersenyum manis seolah-olah dirinya sudah mendapat idea untuk menghancur Qusyairul Geng. “Fie,”panggil Helmi sebaik sahaja MaRReLLoSa Geng masuk ke dalam kelas. Fie hanya buat tidak tahu dan melepaskan penatnya itu. “sebelum aku kenal dirimu siapa,aku tak kenali apa itu cinta,setelah aku kenal dirimu sebenar kau cinta sejati ku sangat mencintaimu,” Kimie menyanyikan rangkap lagu Sendiri yang dinyanyikan oleh Farahwahida. Fie seolah-olah terkaku dengan maksud yang dinyanyikan oleh kimie. Fikirannya melayang sewaktu dirinya bersama Shah dahulu. “awak janji dengan saya yang awak sayangkan saya tapi kenapa awak buat macam ni dekat saya..saya dah tak ada sesiapa lagi awak untuk luah perasaan saya,napa awak buat macam ni? Awak dah tak sayangkan sayakan sebab tu awak buat macam ini dekat saya! Saya benci awak!” marah Fie apabila Shah mendermakan jantungnya kepada Fie yang mengalami masalah jantung. “saya sayangkan awak,saya buat macam tu sebab saya nak awak hidup dan teruskan cita-cita awak sebagai pakar fiosterapi dan..” belum sempat Shah meneruskan ayatnya itu Fie sudahpun memotong. “dan awak sanggup biarkan saya merana kehilangan awak,kehilangan tempat luah perasaan dan tempat bagi saya kaunseling dan jadi cikgu kepada saya, awak, saya tak kisah kalau saya tiap-tiap hari kena buat check-up kat sini daripada saya kehilangan awak,saya tak sanggup kehilangan awak,shah..saya tak sanggup! Saya tak sanggup Shah!” luah hati Fie kepada Shah. Shah mengusap rambut Fie dan mengenggam jari jemari Fie untuk memberi semangat kepada Fie. “ Fie,saya buat macam tu sebab saya..”Shah cuba mengumpul kekuatan untuk memberitahu perkara sebenarnya kepada Fie. “sebab saya..saya akan pergi tinggalkan awak dan saya tak akan kembali lagi di dunia ini..saya ada penyakit barah otak tahap tiga sayang,dan saya rasa biarkan saya korban diri saya untuk awak. Saya nak tengok awak bahagia bukan derita,saya nak tengok orang yang saya sayang berjaya dalam cita-citanya,saya tak kisah kalau saya sakit tapi jangan awak sakit. Saya tak nak awak macam ni,sebab tu saya buat macam ni dekat awak,” airmata Fie sudah mengalir membasahi pipinya itu dan tanpa diduga juga air mata milik Shah Zairil mengalir perlahan. “dah berapa lama awak rahsiakan perkara ni?” tanya Fie perlahan. “sejak  saya sayangkan awak,” tutur lembut Shah sambil mengesat air matanya itu. “janji dengan saya yang awak akan berusaha untuk berjaya dan jangan mengalah selagi awak tak berjaya,awak nak tahu sebelum ni saya pernah tak rasa itu cinta tapi semenjak saya kenal awak,saya rasa yang saya dah sayangkan awak dan saya awak adalah cinta pertama saya,jujur saya cakap awak adalah orang pertama mengetuk pintu hati saya hingga saya takut untuk berpisah dengan awak. Saya selalu berdoa agar kita akan bersama,” ucap Shah sambil menahan sebak dan mengucup dahi Fie yang terlantar di dalam wad. “tapi awak akan pergi tinggalkan saya,”ucap Fie sambil merenung wajah Shah. “Shah,saya tak nak awak pergi..tolonglah! saya merayu pada awak ni,please Shah!,” Fie cuba merayu kepada Shah yang berada di sebelahnya namun pantas Shah menggelengkan kepalanya dan dirinya sendiri yakin bahawa keputusannya adalah muktamad. “jadi betullah yang awak nak saya merana sebab saya kehilangan awak? Okay,Fine Shah!Fine!” air mata milik Fie mula mengalir tanpa di minta. Shah melepaskan keluhan besar. “menatap indahnya senyuman di wajahmu,membuatku terdiam dan terpaku,mengerti akan hadirnya akan cinta terindah saat kau peluk mesra tubuhku..banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepadamu..aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku,di setiap langkah yang menyakiniku kau tercipta untukku sepanjang hidup.. meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku,aku ingin kau tahu ku selalu milikmu yang mencintaimu sepanjang hidupmu..” tanpa diduga air mata Fie mengalir perlahan apabila Kimie menyanyikan lagu Tercipta Untukku daripada kumpulan Ungu. “saya sayangkan awak,Fie. Semoga awak tabah menghadapi dugaan hidup sayang. Saya selalu mendoakan kebahagiaan awak Fie. Selamat tinggal wahai bidadariku,” ucap Shah buat kali terakhir sebelum pembedahan jantungnya untuk diberi kepada Fie,Fie yang berada di sebelahnya menangis perlahan namun diseka cermat oleh Shah sambil tersenyum manis memandang Fie. Tiga jam pembedahan berjaya dilakukan,akhirnya Shah meninggalkan Fie sendirian di dunia ini. “ma,Shah mana?” tanya Fie sebaik sahaja dirinya tersedar dari pembedahan. Puan Shawani hanya mampu menahan sebak dan mengusap kepala anaknya itu. “ma,Shah mana?” tanya kali kedua oleh Fie apabila mamanya itu tidak memberi respon kepadanya. Pantas air mata puan Shawani mengalir. “he’s gone,” penyataan yang dibuat oleh mamanya membuat diri Fie seakan-akan layang-layang putus tali. Dirinya hampir tersungkur dan nadinya seakan-akan terhenti seketika. “kuatkan semangat sayang,reda dan relakan pemergian dirinya,sebelum Shah pergi dia ada beri surat kat mama sebelum pembedahan berlaku,”ucap Puan Shawani sambil memberi surat kepada Fie. Pantas fie membuka dan membacanya.
Kehadapan bidadari Shah,
Fie,tujuan Shah hantar surat ini untuk memberitahu Fie yang Shah akan pergi selama-lamanya. Fie,Fie kena kuat,Fie kena banyak bersabar dan banyak berdoa ya sayang.Fie, Shah amat merindui suara Fie yang manis itu,terniang-niang di halwa telinga Shah segala pujuk dan marah Fie kepada Shah. Sebaik sahaja Shah tahu yang sayang sakit,Shah terus buat keputusan yang Shah nak dermakan jantung Shah pada Fie. Shah nak Fie gembira dan Shah tak nak Fie sakit walaupun sakit Fie hanya luka biasa. Fie,andai kata Fie sudah menjumpai sesorang yang boleh menggantikan tempat Shah di hati Fie, Shah nak Fie sayang dia sepenuh hati Fie. Ingat janji-janji kita sebelum operate. Fie akan kuat dan tabah hadapi dugaan hidup walaupun Shah tak ada di samping Fie. Shah nak sayang tahu yang Shah amat menyanyangi diri Fie hingga nafas terakhir Shah. Kuatkan semangat dan tabah ya sayang! Setiap degupan jantung yang berdetak itu umpama rindu Shah pada Fie. Sampai disini saja pertemuan kita Fie. Jangan lupakan Shah dalam hidup sayang! Selamat tinggal Nur Sofieana.
                                                                                                     Yang mencintaimu,     SHAH NUR ZAIRIL.
Fie sudah pun menangis teresak-esak selepas membaca surat yang diberikan kepadanya itu. Setelah dirinya itu sihat dan dibenarkan untuk pulang,terus dirinya meminta pemandunya itu ke tanah perkuburan untuk membaca Yaasin kepada Shah. “saya rindukan awak Shah,”ucap Fie perlahan. “saya nak awak ada di samping saya,”sambungnya lagi. “semoga awak tenang di sana,Shah,” ucap Fie sebelum dirinya bergerak ke kereta. Namun sebaik sahaja dia melangkah pergi sekuntum bunga kemboja jatuh di pusara Shah dan diatas kepalanya. Pantas dirinya mengalih ke arah pusara Shah sambil tersenyum manis. “saya tahu awak juga merindui saya,” ucap Fie sebelum melangkah pergi.  “Fie!” panggil Aiy perlahan. “Fie,hello,” Aiy cuba melambai-lambaikan tangannya itu apabila Fie tidak memberi respon kepadanya. “Shah,Fie rindu Shah!” ucap hati Fie yang sedang dilanda rindu kepada Shah yang sudah pun pergi meninggalkannya selama 3 tahun yang lalu. “Fie,” jerit Aiy hingga membuat diri Fie tersedar. “Aiy,apasal?” tanya Fie sambil mengesat air matanya itu. “are you okay,Fie? Why you crying?” tanya Aiy apabila airmata milik gugur tanpa henti. “nothing Aiy,i`m just worried if Qusyai had doing something with your lovers..and I think I should doing that alone,” ucap fie menyembunyikan perasaannya daripada Aiy. “are you sure?” tanya Aiel yang mendengar perbualan Fie dan Aiy. Fie hanya mengangguk sambil tersenyum.
         “Qusyai,”panggil Zaini. Qusyai mengalih pandangannya ke arah Zaini dan mendekati dirinya. “aku nak cakap sesuatu dekat kau sesuatu,”ucap Zaini. “apa?” tanya Qusyai. “kau hati-hati sikit dengan Fie, kau tengok dia memang biasa tapi sebenarnya dia tu perempuan licik,pandai tipu lelaki,kalau kau silap langkah..habislah kau,” Zaini cuba menghasut Qusyai. “ye?terima kasih dan kau boleh belah sekarang wahai perisik tak dijemput,” balas Qusyai pedas sambil ketawa kecil. “Qusyai,” panggil Fie. Qusyai memandang Fie sambil tersenyum dan segera meninggalkan diri zaini yang berada di sebelahnya. “macam mana?” tanya Qusyai sambil tersenyum manis kepada Fie. “aku..aku boleh tolong tapi dengan satu syarat,” ucap Fie sambil memandang Qusyai dengan ekor matanya itu. “apa syaratnya?” tanya Qusyai. Segera Fie membisik sesuatu di telinga Qusyai sambil tersenyum sinis. “serius kau ni?” tanya Qusyai terkejut. Fie hanya menjongketkan keningnya itu sambil tersenyum sebelum meninggalkan Qusyai yang juga tersenyum sendiri memandang wajah Fie. “aku dah tak boleh tahan lagi guys..sakit hati aku bila kena tipu dengan dia! Fie doing something please sebelum aku hilag sabar pergi belasah dia,”luah Qisz kepada MaRReLLoSa Geng. Fie hanya diam tanpa bersuara. “Fie please..”rayu Qisz. “aku buat macam mana pun,kau masih sayangkan dia..”ucap Fie sambil memandang sekumpulan remaja lelaki bermain bola sepak di padang permainan. “maksud kau?” tanya Syaz yang tidak faham. “macam ni, kalau aku belasah Ikhwan sebab aku nampak dia curang dengan kau,agak-agak kau marah tak?” tanya Fie. Syaz mengangguk. “dan kau cakap dekat aku dan yang lain-lain supaya belasah dia sebab curang dengan kau,tapi sebenarnya hati kau tak sanggupkan? Kau buat macam tu sebab kau masih sayangkan dia dan kau rasa tertipu dengan diri diakan. Tapi selepas aku tabuh dia,mesti kau cakap dekat dia yang kau sayangkan dia dan kau cakap dekat dia yang jangan curang lagi tapi kalau dia curang belakang kau dan kau suruh buat perkara macam tu lagi sebenarnya kau masih sayangkan dia walaupun sepuluh ribu kali aku tabuh dia dan…,”Fie berhenti di situ apabila dirinya terpaku dengan seseorang jejaka yang berjalan ke arah tengah padang. “Shah,” terdetik di hati Fie bila melihat jejaka tadi. MaRReLLoSa Geng memandang sesama sendiri apabila Fie diam tiba-tiba dan hanya memandang seorang lelaki yang berjalan di tengah padang. “Fie,” panggil Ariz. Fie memandang wajah MaRReLLoSa Geng satu per satu. “siapa dia?” tanya Fie tiba-tiba hingga MaRReLLoSa Geng terkejut dan memandang satu sama lain. “siapa dia?” tanya kali kedua dari Fie. “aku tak tahu,rasanya dia baru dekat taman ni,” ucap Aiel. Mata Fie masih tidak melepaskan untuk memandang jejaka tadi. Hati Fie semakin berdebar apabila jejaka tadi berjalan ke arah Fie sambil tersenyum. “Assalamualaikum wahai bidadari Shah,” ucap jejaka tadi sambil menghulurkan tangannya kepada Fie. Mata Fie mula berkaca dan hatinya mula berasa sebak. “Shah,”ucap Fie sambil memeluk tubuh jejaka tadi dengan erat. “awak..”panggil jekaka tadi sambil berbisik di halwa telinga Fie. “saya tak nak kehilangan awak  Shah,saya tak nak berpisah dengan awak Shah,tolonglah,”ucap Fie sambil menangis teresak-esak. “awak,please lepaskan saya dengan rela,”ucap jejaka tadi sambil mengusap lembut rambut Fie. “saya tak nak lepaskan awak dari hidup saya,saya tak sanggup kehilangan awak..awak tahu 4 tahun saya menahan rindu saya dekat awak,saya cuba jadi seorang yang tabah tapi saya tak kuat shah,kalau awak tiada di sisi saya,”luah hati Fie. Jejaka tadi masih mengusap rambut Fie dengan lembut dan melepaskan pelukan Fie itu dengan perlahan-lahan sambil mengesat air mata Fie. “Shah tak suka kalau bidadari Shah nangis,Shah nak lihat bidadari Shah sentiasa senyum dan ceria. Shah juga rindukan Fie,ingat tak apa yang shah bagitahu kat Fie,jadi seorang yang tabah dan sentiasa yang kuat menempuh dugaan hidup,”ucap jejaka tadi sambil tersenyum. “Shah,”panggil Fie. “Shah,” “Shah,” “Shah!!” jerit Fie apabila jejaka tadi mula menghilangkan diri dari pelukan Fie. Puan Shawani yang mendengar anaknya menjerit nama Shah mula belari ke arah bilik anaknya itu. “astagfirullah,Fie,” Puan Shawani menjerit apabila Fie sudah pun berada di hujung beranda biliknya. “ma,tolong pujuk Shah balik ma,Fie tak sanggup kehilangan dia ma,”air mata puan Shawani sudah pun mengalir keluar dengan apa yang ditanggung oleh anaknya itu. Rindu akan diri orang yang sudah pergi selamanya selama 4 tahun dan perasaan rindu itu sentiasa dipendam tanpa membuka sikit pun tentang diri orang yang dirinduinya itu telah membuat diri Fie semakin merana. “Fie,relakan pemergian arwah Fie,”ucap lembut Puan Shawani. “Fie dah cuba lepaskan Shah,tapi Fie tak mampu ma,semakin Fie nak lupakan Shah,semakin itu juga Fie rindukan Shah ma,Shah berjaya ubah hidup Fie jadi yang terbaik ma,tapi kenapa Shah buat macam ni?” tanpa diduga MaRReLLoSa Geng terdengar perbualan antara Fie dan mamanya. “adakah sebab pemergian seseorang yang dirinya sayang dia jadi seorang yang kasar?” tanya Aiel. “kisah dia,sama dengan kisah aku,” luah hati Qisz. “ ternyata Fie lebih kuat dari aku,” sambung Qisz perlahan. “apa maksud kau?” tanya Ariz. “selama ini aku fikir aku saja menderita kerana kehilangan orang yang panggil aku sayang iaitu Edie dalam hidup aku rupanya Fie juga mengalami perkara yang sama cuma Edie pergi dalam keadaan yang aku rela bukan terjadi macam Fie. “Edie?” Ariz mengerutkan dahinya. “ya,Edie Qayyum,aku tahu dia takkan hidup lama sebab dia ada penyakit radang paru-paru,dia pergi malam aku tiba dekat hospital nak jumpa dia,dia pergi dalam pelukan aku, masa tu dia ada cakap yang dia sayangkan  aku sangat-sangat..lepas dari kisah tu aku cuba bangun tetapi aku tak kuat hingga aku masuk dalam MaRReLLoSa Geng,”ucap lemah Qisz. Aiel hanya menepuk bahu Qisz.
 “Qusyai,” panggil Fie. Qusyai yang sedang berjalan terus ke arah Fie yang turut berjalan ke arahnya itu. “ni apa yang kau nak,so,kerja aku dah selesaikan?” Fie memberi sampul besar kepada Qusyai. “this for you,” mereka bertukar milik satu sampul besar dari Qusyai kepada Fie. “hai,Qusyai,” ucap Zaini manja sambil memeluk lengan Qusyai. Fie yang mula rasa loya terus berundur sambil tersenyum. “thanks Qusyai,” ucap Fie sebelum pergi. “apa dalam sampul tu Qusyai?”tanya Zaini tiba-tiba yang merampas sampul tersebut dari gengaman Qusyai. “kau tak payah buat gedik dekat aku la,kau nak buat,buat dekat Amierul tu cukup!” marah Qusyai sambil merampas kembali sampul tersebut dari tangan Zaini. Zaini diam terkaku sambil menjeling tajam arah Qusyai. “just wait you!”marah hati Zaini. “wey,Qusyai bagi apa dekat kau?” tanya Zaini tiba-tiba kepada Fie. MaRReLLoSa Geng hanya memandang wajah Zaini sambil tersenyum sinis. “dia bagi aku coklat sempena hari jadi aku hari ini,kenapa? Amierul tak pernah bagi macam tu dekat kau?” peril sinis Fie. Zaini diam mencari idea. “kalau tak Amierul ,Zarul,kalau bukan Zarul sapa-sapa yang kau rasa ada skandal dengan kau,”sambung Fie lagi. Zaini mula bergerak meninggalkan MaRReLLoSa Geng namun pantas dihalang oleh Aiel. “kenapa nak pergi,mari la join kitaorang? Kan kau suka sangat nak tahu tentang kitaorang..lebih baik kau tahu daripada kau buat fitnah tentang kitaorang!” balas Aiy ‘pedas’. Zaini mula menjeling MaRReLLoSa Geng dengan perasaan yang sangat marah di dalam hati. “Helmi,” panggil Zaini manja. Helmi mendekati Zaini yang berada dalam MaRReLLoSa Geng. Belum sempat Helmi membuka mulut Syaz sudah pun meletakkan satu notis di atas meja Aiel. ~WE DON’T TALK WITH BOY IF NOT IMPORTANT~ Helmi memandang satu per satu wajah MaRReLLoSa Geng dengan hairan. “dekat tuisyen macam lain perangai,dekat sekolah macam lain perangai..notis korang ni dah tak boleh pakai,” Helmi menganggap notis itu hanyalah satu gurauan semata-mata. “er..sorry ganggu guys,” ucap Amie yang mencelah tiba-tiba. “ya?” ucap MaRReLLoSA Geng serentak. “ada sapa-sapa nak hantar buku Math?” tanya Amie sopan. Amie tahu MaRReLLoSa Geng tak suka ada yang cuba menyampuk atau menganggu geng mereka dan notis itu dari awal tahun lagi masih diguna pakai oleh MaRReLLoSa Geng hingga ke hari ini dan tiada seorang lelaki pun yang berani melanggar notis tersebut kecuali kalau mereka betul-betul bosan tiada apa untuk bersembang barulah mereka akan cuba bersembang dengan MaRReLLoSa Geng namun Helmi sahaja yang menganggap perkara itu main-main. “matilah kau Helmi kena belasah dengan mereka,” ucap hati Amie sambil tersenyum menahan ketawa kepada Helmi. “make sure our books..”Qisz memberi amaran kepada Amie. “bro,hati-hati,” ucap Amie sebelum pergi kepada Helmi. Fie yang faham maksud yang disampaikan oleh Amie hanya tersenyum manis kepada Amie. “kacau betul la, Amie ni!” marah helmi sebaik sahaja Amie pergi dari MaRReLLoSa Geng. “eh,’pakwe’kau datang la Fie,” umpan Syaz tiba-tiba. Fie memandang ke arah pintu kelas sambil tersenyum. Segera Fie mendekati diri Amierul yang tercegat di depan pintu kelas. Zaini yang perasan Fie sudah mendekati pakwe kesayangannya itu terus mengejar Fie. MaRReLLoSa Geng hanya ketawa mengekek bila uman mereka terkena. “lama tak nampak wey?” Fie bergerak ke arah Amierul sambil berjebat tangan dengan Amierul dan kawan-kawannya. “Amierul nak jumpa sapa?” tanya Aiy kuat. “nak jumpa Fie sekejap,boleh tak?” jerit Ammar kuat. Zaini sudah pun berasa cemburu apabila menyangka Amierul mahu berjumpa dengan Fie. “eh,kau apa hal,main tarik-tarik rambur orang ni? Buang tabiat ka? Atau au nak cari gaduh dengan aku? Eh,tak ada masalah,”marah Fie kasar apabila Zaini menarik rambutnya. MaRReLLoSa Geng bangun dan membantu Fie. “apa hal Ammar?” tanya Aiel tiba-tiba. “petang ni tempat biasa pukul lima,” ucap Ammar sebaik sahaja melihat kelibat guru masuk ke dalam kelas. “kau tak nak balas dendam?” tanya Wani sambil memandang wajah Zaini. “petang ini kita gaduh dengan mereka,ajak geng Ira sekali,”arah Zaini apabila marahnya sudah sampai kemuncak.
       Petang itu, MaRReLLoSa Geng, Geng Qusyai, Amierul dan kawan-kawannya berkumpul untuk meraikan kejayaan mereka menewaskan pasukan senior dalam bola sepak disamping tiada pengaruh atau ugutan daripada senior untuk buli mereka. “cayalah la korang,mantap!!” puji bertalu-talu dari Fie. Masing-masing hanya tersenyum puas sambil meraikan kejayaan mereka. “wey,Fie!” jerit Zaini kuat hingga semua memandang dirinya. Fie ke arah mereka sambil memandang wajah Zaini dengan renungan tajam. “kau apa hal ha? Pakwe aku pun aku nak rampas, perempuan jenis apa kau ni ha? Pakwe Ira kau nak rampas,Zarul pun kau nak ambil, kau perempuan macam ular! suka main dan rampas pakwe orang!” tengking Zaini tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat dirinya. “dan kau nak tahu kau perempuan jenis apa?” balas Fie lembut. “perempuan kaki cemburu dan tak boleh tengok orang senang, wey, aku nak tanya kau dah kahwin dengan Amierul ker? Dah kawin dengan Amri ka? Dah kahwin dengan Zarul ka? Tak lagi kan? Baru kaple kan..apa masalah korang kalau aku rapat pun..perempuan lain rapat sambil peluk korang tak kisah pun” balas Fie kasar. Zaini menampar pipi Fie namun pantas Fie menumbuk pipi Zaini hingga bibrnya berdarah. “mai la,kalau berani,” Fie tersenyum sinis. “oopss..lupa pulak korangkan gadis yang lemah lembut,nanti kalau aku belasah nangis pula mengadu dekat pakwe,macam ini lah,pakwe korang ada dekat hujung sana pergi lah mengadu!” Fie sengaja bercakap kuat. Masing-masing terkejut dan memandand sesama sendiri. Fie memberi isyarat kepada MaRReLLoSa agar membantunya. Pantas MaRReLLoSa Geng mencari peluang untuk menghasut orang yang berada di situ. “korang tak nak tolong ‘awek-awek’ korang?” tanya Aiel. Qusyai,Amierul,Amri,Fizy dan ramai lagi memandang satu sama lain dan bangun bergerak ke arah Fie dan kumpulan Zaini. “aku rasa Fie lagi okey dari korang..betul la apa yang dia cakap,kawan korang yang lain rapat korang tak kisah,kalau kami peluk pun tak kisah tapi kalau MaRReLLoSa Geng datang untuk tanya sesuatu padahal perkara tu hanya kecil sahaja macam nampak cikgu atau tidak,korang sudah anggap lain macam..korang ni la sebenarnya perempuan ular,” ucap tenang Qusyai sambil menepuk bahu Fie supaya bersabar.  “ that right,” turut di sokong beberapa kumpulan Amierul dan Fizy. Ira yang mula hilang sabar dengan penyataan tersebut cuba membidas. “mereka saja lah yang baik,habis tu kami ni jahat?” ucapnya sambil mengalir air mata. “ mereka sebenarnya tak layan pun kami,yang korang tengok tadi kami tengah ‘hapy-hapy’ tu sebenarnya kami meraikan kejayaan yang besar. Kami telah bersatu nak hapuskan sesuatu,” terang Fizy tenang. “kami tak kebulur pun lelaki dalam hiup kami,kami perlukan kerjasama dengan semua orang,” ucap MaRReLLoSA Geng tenang sambil tersenyum manis. Sebaik sahaja Zaini dan lain-lain meminta maaf dengan hati yang sebal dan berlalu pergi tiba-tiba Fie rebah jatuh ke bumi. “ Fie!!” jerit Aiel. “Shah,” ucap Fie sambil menuding jari ke arah sesuatu tempat. “Fie!!” jerit MaRReLLoSa Geng yang lain apabila Fie pengsan di pangkuan Aiel. “assalamualakum Nur Soffieana,” ucap satu suara kepada Fie. Perlahan matanya membuka dan memandang satu susuk tubuh tersebut sambil menangis. “SHAH,” jerit Fie.