Selasa, 24 Januari 2012

belajar sejarah..siapa suka..?

sejarah mata pelajaran penting dalam 8 matapelajaran yang penting untuk exam.biasalah sejarah mengenai fakta,tempat,tokoh,tarikh dan iktibar apa yang belaku..tapi biasalah jugak untuk para pembaca,bila baca anda akan mengalami simptom INGIN TIDUR. kadang- kadang sesetengah pelajar menggunakan buka sejarah sebagai peneman untuk tidur bila mereka tidak boleh tidur.Kecuali jika exam dah dekat..sanggup bersenkang mata untuk baca buku sejarah..walaupun sudah kena simptom INGIN TIDUR. Sebenarnya ada cara ingin belajar sejarah secara berkesan..dulu Miss pun selalu jugak kena simtom ni tapi lama kelamaan ada jugak timbul keinginan membaca sejarah ni bila cemburu lihat kawan-kawan miss dapat high-mark dalam kelas.So,miss cari jalan penyelesaian..cara ini boleh ikut..tak nak pun tak apa..ikut cara masing-masing ya.. :)

TIPS NAK BACA SEJARAH

1) mesti dalam keadaan bersemangat bila nak baca.Kalau diri masih lesu atau letih elakkan membaca kerana mungkin membuat anda rasa bosan dan bertambah letih.

2)sediakan kertas yang banyak kalau boleh. Kertas yang banyak bukan untuk anda conteng dan saja-saja kosong tetapi setiap apa yang anda baca pastikan anda menulis di atas kertas.Kadang-kadang kita sudah boleh ingat dengan menghafal tetapi dengan menulis ia memboleh anda mengingat dalam kotak fikiran.

3)pastikan mempunyai pen berwarna-warni.Hal ini kerana, otak senang mengingati apa yang dilihat dengan tulisan yang berwarna-warni dan membuat anda bertambah ceria untuk membacanya.

4)semasa membaca tak perlu nak ingat setiap yang diulis atau dibaca dalam buku cuma perlu tahu main point .contoh :

pemerintahan Maharaja Mikado Meiji menekankan permodenan dan perindustiran.

dari situ,kita sudah tahu bahawa Maharaja Mikado Mieji menekankan permodenan dan perindustrian untuk memajukan negaranya.


5) semasa menulis pastikan menulis dengan penuh dalam satu kertas tersebut dan mudah untuk dibaca dan senang untuk mengingati.buatlah carta,melukis muka tokoh,rajah..mengikut kreativiti masing-masing.

6)ulang berpuluh-puluh kali kemudian rehat selama 10 minit atau 15 minit supaya anda tidak tertekan.selepas berehat ulangi secara perlahan-lahan dan jangan terburu-buru.

7) bila dah boleh ingat..pastikan buat latih tubi.ha..macam mana nak buatkan..?senang je..cth:

mengapa Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara Jepun ? 
-kerana Jepun enggan keluar dari China

8) pastikan soalan tersebut ada kena mengena dengan apa yang anda baca tadi..

semoga anda belajar SEJARAH.. :)

Tiada ulasan:

Catat Komen