MaRReLLosa
GiRlz
Enam gadis berjalan masuk ke dalam
kelas 5 Kejora dengan muka selamba dan ceria. Masing-masing tidak membuka suara
hingga mereka meletak beg mereka dan melepaskan penat di dada. “guys..” panggil Fie kepada gengnya.
Syaz,Aiy,Ariz,Aiel dan Qisz memandang Fie. Fie hanya tersenyum sinis dan
memberi isyarat kepada mereka. Masing-masing mencari maksud yang ingin
disampaikan oleh Fie. “wah,seronoknya aku hari ni,tadi aku jumpa ‘blusher’ dan
baru jer tadi aku berjalan dengan dia,” sengaja Fie bercakap kuat semasa Wani
dan Zaini masuk ke dalam kelas. Mereka berdua hanya menjeling tajam ke arah
Fie. “tadi ‘blusher’ bagi bunga ros putih dekat kau ek,Fie? Romantik giler
dia,” ucap Qisz yang sudah pun faham maksud yang ingin disampaikan oleh Fie. Yang
lain hanya ketawa jahat sambil menjeling ke arah Wani dan Zaini. “guys…you want know something? Last night aku dengan Zarul baru jer..” Aiel
memberhenti di situ dan membiarkan Syaz menyambungnya. “owhh..pasal tu, biasa
lah aku dengan Zarul ni ‘rapat’ so semalam
dia baru saja belanja aku dan Aiel makan,” sambung Syaz. Wani dan Zaini cuba
membuat geng MaRReLLoSa cemburu dengan bersembang dengan budak lelaki di kelas
mereka. “tak baik la korang ni tau,” ucap Wani dengan gaya mengada-gada kepada
Kimie dan Dek Wan. Fie hanya memberi isyarat
kepada geng MaRReLLoSa dengan mengenyitkan matanya kepada Ariz untuk
memulakan ‘permainan’ tersebut dengan lebih rancak. Qisz mula mengikut Ariz
untuk membantunya. Aiel, mendekati ketua tingkatan iaitu Amie manakala Syaz dan
Aiy hanya menunggu peluang keemasan untuk ‘menghasut’ pelajar lelaki. “
Kimie,boleh tolong Wani buat something?”
ucap Wani mengada-gada sambil membuat gaya gediknya itu. Zaini yang di
sebelahnya mula mencari peluang untuk mendekati Zain dan Ariff kerana geng
MaRReLLoSa amat rapat dengan mereka. Semasa Zaini dan Wani mula membuat geng
MaRReLLoSa cemburu dan sakit hati tiba-tiba mereka melihat kelibat Ariz dan
Qisz sedang ketawa dan bergurau senda dengan Amierul atau lebih dikenali dengan
panggilan ‘blusher’. Tindakan Qisz yang cuba mencubit lengan Amierul
menambahkan lagi cemburu Zaini kerana Zaini dan Amierul bercinta. Amierul yang
tidak sedar dirinya diperhatikan oleh Zaini mula menarik hidung Qisz namun Qisz
sempat mengelaknya dan bermula kejar mengejar antara dirinya dan Amierul. Aiel
pura-pura bersembang dengan Amie dan sengaja dirinya bercakap kuat. “ wey
Zaini, tu bukannya ‘pakwe’ kesayangan kau ke? Napa dia main kejar-kejar dengan
Qisz? Tak cemburu ke?” semua pelajar di kelas 5 Kejora memandang wajah Zaini
sambil berkata ‘Booo’ kepada Zaini. Zaini yang berasa malu dan marah mula
meninggalkan kelas tersebut dan ke tandas. Giliran Syaz dan Aiy pula untuk
menghasut pelajar 3 Kejora. “eh Dek Wan, mana Zarul? Bukannya tadi dia ada masa
perhimpunan,” tanya Syaz. “ohh..dia pergi dengan Zain,tak tahu pergi mana,”
balas Dek Wan yang membaca buku di dalam kelas. Fie melangkah masuk ke dalam
tandas untuk membasuh muka kerana dirinya hampir tertidur di dalam kelas.
“oppss..maaf,” ucap Fie kerana terlanggar salah seorang kawan Zaini,Ira yang
berada di belakang Fie. “jalan tak guna mata ke woi!”peril Zaini apabila dia
melihat Fie terlanggar Ira. Langkah Fie terhenti di situ apabila dirinya terasa
di perkata sebegitu. “maaf la, tadi aku tak nampak kau,Ira. Seronok sangat tadi
bila tengok orang tu cemburu,” Fie membidas kata-kata Zaini sambil tersenyum
sinis kepadanya. Zaini,Wani dan Ira memandang Fie dengan pandangan tidak puas
hati. “habislah kau hari ni MaRReLLosa’s Geng!” jerit Zaini di dalam hatinya.
“Fie,” panggil Zain tiba-tiba. Fie mengalih pandangan ke arah Zain semasa
dirinya melangkah masuk ke dalam kelas. “surprise,”
jerit semua orang kepada Fie. MaRReLLoSa Geng terkejut dengan satu susuk tubuh
seseorang ini. Langkah yang diaturnya menghampiri ketua Geng MaRReLLoSa dengan
senyum manis namun hanya jelingan yang diberikan kepada oleh ketua geng
MaRReLLosa iaitu Fie. Langkahnya terhenti sambil memandang diri Fie yang
tercegat dengan kehadirannya. Lama dirinya memerhatikan diri Fie. “Helmi!!”
jerit manja Wani kepada pelajar lelaki yang baru masuk tadi. Dengan serta merta
Wani menarik lengan Helmi ke tempat duduk yang kosong. “bangun!” ucap Amie
selaku ketua kelas apabila guru mata pelajaran masuk ke dalam kelas 3 Kejora.
Semu pelajar bangun dan mengucap selamat pagi kepada guru mata pelajaran
tersebut. “tolong buat kumpulan masing-masing dan carikan sekurang-kurang 5 isi
dan huraian serta contoh tentang tajuk yang diberikan,”ucap guru mata pelajaran
bahasa melayu dengan tegas. Kebanyakkan pelajar lebih suka mengambil kesempatan
untuk bersama dengan Geng MaRReLLoSa kerana mereka ini bukannya calang-calang
pelajar di kelas 3 Kejora. Mereka mempunyai daya ingatan yang tinggi,bahasa
yang cukup tinggi serta pandai dalam pelajaran dalam semua subjek. Di mata
pelajar lain Geng MaRReLLoSa merupakan sebuah kumpulan yang agak baik dan
berdisplin hingga tiada satu zarah ketidak sempurnaan kepada kumpulan tersebut.
Mereka merupakan geng yang paling dihormati oleh pelajar-pelajar di sekolah
tersebut. Geng MaRReLLoSa merupakan geng yang baru bertapak di sekolah. Pada
mulanya mereka bukanlah sehati dan sejiwa cuma chemistry yang ada di dalam diri masing-masing mampu menyatukan
mereka. Mereka bukan lah kumpulan yang jahat atau baik,mereka merupakan
kumpulan yang bertindak mengikut akal dan emosi masing-masing. Mereka bukannya
‘satu kepala’ dan mereka mempunyai ego
yang sangat tinggi dalam kumpulan tersebut. Mereka sentiasa berbincang dan
berkongsi masalah. Mereka ramah dengan semua orang. Prinsip yang dipegang oleh
setiap ahli MaRReLLoSa adalah ‘never cry if don’t try hard’ ada beberapa peraturan dalam ahli tersebut untuk
dipatuhi.
1. Jangan terburu-buru mengikut amarah jika ada
masalah
2. Jangan mempercayai sesorang jika kita tidak
pasti
3. Tak salah jika anda bercinta tetapi hati-hati
jangan sampai membocori rahsia MaRReLLoSa Geng
4. Bersatu dan mempercayai
5. Jangan lihat kepada kelemahan diri dan
sentiasa mengetahui kekuatan diri dalam dan luar.
“ Fie,” panggil Helmi apabila
MaRReLLoSa Geng keluar untuk pergi makan di kantin. Fie mengalih pandangan ke
arah Helmi di dalam kelas dan hanya tersenyum sini kepadanya dan berlalu pergi.
“kau apa hal main tolak-tolak ni?” marah Qisz kepada Zaini dan Wani apabila
mereka sengaja menolak diri Qisz ketika membeli makanan. “ada aku kisah,” balas
Wani kasar. Tanpa diduga Qisz sudah pun menampar pipi Wani secara diam-diam di
dalam kesesakan orang ramai membeli makanan. Wani menahan kesakitan dan mula
membalas kembali apa yang dilakukan oleh Qisz. Wani menarik rambut Qisz namun
Qisz segera menendang perut Wani hingga tersungkur. “kau jangan cari masalah
dengan aku,kalau tak…,” ugut Qisz sebelum dirinya berlalu pergi. Wani memandang
diri Qisz yang berlalu pergi dengan perasaan benci dan marah. “mati kau hari
ini Qisz!” jerit hati Wani. “Fie!!” jerit Helmi apabila ada pelajar lelaki cuba
menganggu Fie yang sedang makan. “kau apa hal ?” ucap Fie kasar apabila Helmi
menganggu dirinya dan senior-seniornya di kantin. “kau belah sekarang,kau
jangan ganggu dia!” marah Helmi apabila seorang lelaki cuba mendekati Fie. “
kau apa hal Helmi? Eh,kau ni saja matikan selera aku nak makan tau tak..eh,
belah la!” marah Fie apabila Helmi menganggu dirinya tengah makan sambil
bersembang dengan seniornya itu. Segera dirinya pergi dari di situ sambil di
ikuti beberapa pelajar lelaki tingkatan lima. MaRReLLoSa Geng berkumpul di
astaka sekolah dengan perasaan marah. “aku rasa kita patut belasahkan si Helmi
tu,menyemak saja aku tengok, kalau aku ni ada kuasa dalam sekolah ni dah lama aku
‘hapus’kan dia!” marah Fie yang memulakan perbincangan. “bukan dia seorang
saja,kalau boleh kau buang sekali dengan Wani dan Zaini tu,meyemak alam saja
aku tengok !” marah Qisz berapi-api. “asal kau tak belasah saja diri dia Qisz
?” tanya Aiel. “kira dia tu nasib baik la sebab aku cuba tendang perut dia
bukan lagi aku tumbuk dia,kalau tak memang ‘mati’ budak tu aku kerjakan!” marah
Qisz. “berapa lama lagi kita kena tahan dengan Geng Qusyai, aku dapat tahu yang
mereka tengah cari orang nak belasah kita,” ucap Syaz. “aku tak kisah pun kalau
dia nak belasah aku,Cuma aku takut..,” ayat Fie terhenti di situ. MaRReLLoSa
Geng diam seribu bahasa apabila ada beberapa orang pelajar datang ke arah
mereka sambil menepuk tangan. “Geng Qusyai,” ucap Aiy perlahan. Fie merenung
tajam ke arah Qusyairul dan semua yang berkepung Geng MaRReLLoSa. “aku bagi kau
pilihan,sama ada kau nak tolong aku ataupun tidak dalam masalah aku,”ucap
Qusyairul sinis sambil mendekati Fie yang masih merenung tajam wajahnya itu.
“kalau aku tak nak?” ucap Fie yang melihat diri Qusyairul dengan ekor matanya
itu. “kau kenal Azwan? Kau kenal Syaminz? Kau kenal Putra? Kau kenal Ikhwan?
Kau kenal Ayie? Dan kau kenal tak Nazreen? ‘pakwe-pakwe’ korangkan? Kau nak tak tengok
mereka kena sesuatu ?” ugut Qusyairul sambil mencekik leher Fie dari belakang.
Fie memandang wajah satu per satu MaRReLLoSa Geng. Masing-masing berharap
sesuatu agar lelaki yang di sebutkan oleh Qusyairul tadi tidak di apa-apakan.
“kalau aku nak?” tanya Fie pula. “senang saja, kau ikut dalam plan yang aku
bagi ni dan selesai kerja kau,”ucap Qusyairul sambil merenung anak mata Fie itu
dan tersenyum manis kepada Fie. Fie memandang wajah-wajah MaRReLLoSa Geng dan
menarik nafas sedalam-dalamnya. “kau bagi aku bincang dulu,lepas habis sekolah
aku jumpa kau tempat biasa,” arah Fie. “tapi ingat kalau kau cuba tipu
aku..tahulah nasib kau!” amaran Qusyairul sebelum pergi. “kau nak buat apa
Fie?” tanya Qisz yang melihat diri Fie diam dan memikirkan sesuatu. “ Fie, aku
sayangkan Azwan,” ucap Aiel perlahan. Fie merenung wajah Aiel itu sambil
tersenyum manis seolah-olah dirinya sudah mendapat idea untuk menghancur
Qusyairul Geng. “Fie,”panggil Helmi sebaik sahaja MaRReLLoSa Geng masuk ke
dalam kelas. Fie hanya buat tidak tahu dan melepaskan penatnya itu. “sebelum aku kenal dirimu siapa,aku tak
kenali apa itu cinta,setelah aku kenal dirimu sebenar kau cinta sejati ku
sangat mencintaimu,” Kimie menyanyikan rangkap lagu Sendiri yang
dinyanyikan oleh Farahwahida. Fie seolah-olah terkaku dengan maksud yang
dinyanyikan oleh kimie. Fikirannya melayang sewaktu dirinya bersama Shah
dahulu. “awak janji dengan saya yang awak sayangkan saya tapi kenapa awak buat
macam ni dekat saya..saya dah tak ada sesiapa lagi awak untuk luah perasaan
saya,napa awak buat macam ni? Awak dah tak sayangkan sayakan sebab tu awak buat
macam ini dekat saya! Saya benci awak!” marah Fie apabila Shah mendermakan
jantungnya kepada Fie yang mengalami masalah jantung. “saya sayangkan awak,saya
buat macam tu sebab saya nak awak hidup dan teruskan cita-cita awak sebagai
pakar fiosterapi dan..” belum sempat Shah meneruskan ayatnya itu Fie sudahpun
memotong. “dan awak sanggup biarkan saya merana kehilangan awak,kehilangan
tempat luah perasaan dan tempat bagi saya kaunseling dan jadi cikgu kepada
saya, awak, saya tak kisah kalau saya tiap-tiap hari kena buat check-up kat
sini daripada saya kehilangan awak,saya tak sanggup kehilangan awak,shah..saya
tak sanggup! Saya tak sanggup Shah!” luah hati Fie kepada Shah. Shah mengusap
rambut Fie dan mengenggam jari jemari Fie untuk memberi semangat kepada Fie. “
Fie,saya buat macam tu sebab saya..”Shah cuba mengumpul kekuatan untuk
memberitahu perkara sebenarnya kepada Fie. “sebab saya..saya akan pergi
tinggalkan awak dan saya tak akan kembali lagi di dunia ini..saya ada penyakit
barah otak tahap tiga sayang,dan saya rasa biarkan saya korban diri saya untuk
awak. Saya nak tengok awak bahagia bukan derita,saya nak tengok orang yang saya
sayang berjaya dalam cita-citanya,saya tak kisah kalau saya sakit tapi jangan
awak sakit. Saya tak nak awak macam ni,sebab tu saya buat macam ni dekat awak,”
airmata Fie sudah mengalir membasahi pipinya itu dan tanpa diduga juga air mata
milik Shah Zairil mengalir perlahan. “dah berapa lama awak rahsiakan perkara
ni?” tanya Fie perlahan. “sejak saya
sayangkan awak,” tutur lembut Shah sambil mengesat air matanya itu. “janji
dengan saya yang awak akan berusaha untuk berjaya dan jangan mengalah selagi
awak tak berjaya,awak nak tahu sebelum ni saya pernah tak rasa itu cinta tapi
semenjak saya kenal awak,saya rasa yang saya dah sayangkan awak dan saya awak
adalah cinta pertama saya,jujur saya cakap awak adalah orang pertama mengetuk
pintu hati saya hingga saya takut untuk berpisah dengan awak. Saya selalu
berdoa agar kita akan bersama,” ucap Shah sambil menahan sebak dan mengucup
dahi Fie yang terlantar di dalam wad. “tapi awak akan pergi tinggalkan
saya,”ucap Fie sambil merenung wajah Shah. “Shah,saya tak nak awak
pergi..tolonglah! saya merayu pada awak ni,please Shah!,” Fie cuba merayu
kepada Shah yang berada di sebelahnya namun pantas Shah menggelengkan kepalanya
dan dirinya sendiri yakin bahawa keputusannya adalah muktamad. “jadi betullah
yang awak nak saya merana sebab saya kehilangan awak? Okay,Fine Shah!Fine!” air
mata milik Fie mula mengalir tanpa di minta. Shah melepaskan keluhan besar. “menatap indahnya senyuman di
wajahmu,membuatku terdiam dan terpaku,mengerti akan hadirnya akan cinta
terindah saat kau peluk mesra tubuhku..banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
kepadamu..aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku,di setiap langkah yang
menyakiniku kau tercipta untukku sepanjang hidup.. meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku,aku ingin kau tahu ku selalu milikmu yang mencintaimu
sepanjang hidupmu..” tanpa diduga air mata Fie mengalir perlahan apabila
Kimie menyanyikan lagu Tercipta Untukku daripada kumpulan Ungu. “saya sayangkan
awak,Fie. Semoga awak tabah menghadapi dugaan hidup sayang. Saya selalu
mendoakan kebahagiaan awak Fie. Selamat tinggal wahai bidadariku,” ucap Shah
buat kali terakhir sebelum pembedahan jantungnya untuk diberi kepada Fie,Fie
yang berada di sebelahnya menangis perlahan namun diseka cermat oleh Shah
sambil tersenyum manis memandang Fie. Tiga jam pembedahan berjaya dilakukan,akhirnya
Shah meninggalkan Fie sendirian di dunia ini. “ma,Shah mana?” tanya Fie sebaik
sahaja dirinya tersedar dari pembedahan. Puan Shawani hanya mampu menahan sebak
dan mengusap kepala anaknya itu. “ma,Shah mana?” tanya kali kedua oleh Fie
apabila mamanya itu tidak memberi respon kepadanya. Pantas air mata puan
Shawani mengalir. “he’s gone,”
penyataan yang dibuat oleh mamanya membuat diri Fie seakan-akan layang-layang
putus tali. Dirinya hampir tersungkur dan nadinya seakan-akan terhenti
seketika. “kuatkan semangat sayang,reda dan relakan pemergian dirinya,sebelum
Shah pergi dia ada beri surat kat mama sebelum pembedahan berlaku,”ucap Puan
Shawani sambil memberi surat kepada Fie. Pantas fie membuka dan membacanya.
Kehadapan
bidadari Shah,
Fie,tujuan
Shah hantar surat ini untuk memberitahu Fie yang Shah akan pergi
selama-lamanya. Fie,Fie kena kuat,Fie kena banyak bersabar dan banyak berdoa ya
sayang.Fie, Shah amat merindui suara Fie yang manis itu,terniang-niang di halwa
telinga Shah segala pujuk dan marah Fie kepada Shah. Sebaik sahaja Shah tahu
yang sayang sakit,Shah terus buat keputusan yang Shah nak dermakan jantung Shah
pada Fie. Shah nak Fie gembira dan Shah tak nak Fie sakit walaupun sakit Fie
hanya luka biasa. Fie,andai kata Fie sudah menjumpai sesorang yang boleh
menggantikan tempat Shah di hati Fie, Shah nak Fie sayang dia sepenuh hati Fie.
Ingat janji-janji kita sebelum operate. Fie akan kuat dan tabah hadapi dugaan
hidup walaupun Shah tak ada di samping Fie. Shah nak sayang tahu yang Shah amat
menyanyangi diri Fie hingga nafas terakhir Shah. Kuatkan semangat dan tabah ya
sayang! Setiap degupan jantung yang berdetak itu umpama rindu Shah pada Fie.
Sampai disini saja pertemuan kita Fie. Jangan lupakan Shah dalam hidup sayang!
Selamat tinggal Nur Sofieana.
Yang mencintaimu, SHAH NUR ZAIRIL.
Fie sudah pun menangis teresak-esak selepas
membaca surat yang diberikan kepadanya itu. Setelah dirinya itu sihat dan
dibenarkan untuk pulang,terus dirinya meminta pemandunya itu ke tanah perkuburan
untuk membaca Yaasin kepada Shah. “saya rindukan awak Shah,”ucap Fie perlahan.
“saya nak awak ada di samping saya,”sambungnya lagi. “semoga awak tenang di
sana,Shah,” ucap Fie sebelum dirinya bergerak ke kereta. Namun sebaik sahaja
dia melangkah pergi sekuntum bunga kemboja jatuh di pusara Shah dan diatas
kepalanya. Pantas dirinya mengalih ke arah pusara Shah sambil tersenyum manis.
“saya tahu awak juga merindui saya,” ucap Fie sebelum melangkah pergi. “Fie!” panggil Aiy perlahan. “Fie,hello,” Aiy
cuba melambai-lambaikan tangannya itu apabila Fie tidak memberi respon
kepadanya. “Shah,Fie rindu Shah!” ucap hati Fie yang sedang dilanda rindu
kepada Shah yang sudah pun pergi meninggalkannya selama 3 tahun yang lalu.
“Fie,” jerit Aiy hingga membuat diri Fie tersedar. “Aiy,apasal?” tanya Fie
sambil mengesat air matanya itu. “are you
okay,Fie? Why you crying?” tanya Aiy apabila airmata milik gugur tanpa
henti. “nothing Aiy,i`m just worried if
Qusyai had doing something with your lovers..and I think I should doing that
alone,” ucap fie menyembunyikan
perasaannya daripada Aiy. “are you sure?”
tanya Aiel yang mendengar perbualan Fie dan Aiy. Fie hanya mengangguk sambil
tersenyum.
“Qusyai,”panggil Zaini. Qusyai mengalih pandangannya ke arah Zaini dan mendekati
dirinya. “aku nak cakap sesuatu dekat kau sesuatu,”ucap Zaini. “apa?” tanya
Qusyai. “kau hati-hati sikit dengan Fie, kau tengok dia memang biasa tapi
sebenarnya dia tu perempuan licik,pandai tipu lelaki,kalau kau silap
langkah..habislah kau,” Zaini cuba menghasut Qusyai. “ye?terima kasih dan kau
boleh belah sekarang wahai perisik tak dijemput,” balas Qusyai pedas sambil
ketawa kecil. “Qusyai,” panggil Fie. Qusyai memandang Fie sambil tersenyum dan
segera meninggalkan diri zaini yang berada di sebelahnya. “macam mana?” tanya
Qusyai sambil tersenyum manis kepada Fie. “aku..aku boleh tolong tapi dengan
satu syarat,” ucap Fie sambil memandang Qusyai dengan ekor matanya itu. “apa
syaratnya?” tanya Qusyai. Segera Fie membisik sesuatu di telinga Qusyai sambil
tersenyum sinis. “serius kau ni?” tanya Qusyai terkejut. Fie hanya
menjongketkan keningnya itu sambil tersenyum sebelum meninggalkan Qusyai yang
juga tersenyum sendiri memandang wajah Fie. “aku dah tak boleh tahan lagi guys..sakit hati aku bila kena tipu
dengan dia! Fie doing something please sebelum aku hilag sabar pergi belasah
dia,”luah Qisz kepada MaRReLLoSa Geng. Fie hanya diam tanpa bersuara. “Fie
please..”rayu Qisz. “aku buat macam mana pun,kau masih sayangkan dia..”ucap Fie
sambil memandang sekumpulan remaja lelaki bermain bola sepak di padang
permainan. “maksud kau?” tanya Syaz yang tidak faham. “macam ni, kalau aku
belasah Ikhwan sebab aku nampak dia curang dengan kau,agak-agak kau marah tak?”
tanya Fie. Syaz mengangguk. “dan kau cakap dekat aku dan yang lain-lain supaya
belasah dia sebab curang dengan kau,tapi sebenarnya hati kau tak sanggupkan?
Kau buat macam tu sebab kau masih sayangkan dia dan kau rasa tertipu dengan
diri diakan. Tapi selepas aku tabuh dia,mesti kau cakap dekat dia yang kau
sayangkan dia dan kau cakap dekat dia yang jangan curang lagi tapi kalau dia
curang belakang kau dan kau suruh buat perkara macam tu lagi sebenarnya kau
masih sayangkan dia walaupun sepuluh ribu kali aku tabuh dia dan…,”Fie berhenti
di situ apabila dirinya terpaku dengan seseorang jejaka yang berjalan ke arah
tengah padang. “Shah,” terdetik di hati Fie bila melihat jejaka tadi.
MaRReLLoSa Geng memandang sesama sendiri apabila Fie diam tiba-tiba dan hanya
memandang seorang lelaki yang berjalan di tengah padang. “Fie,” panggil Ariz.
Fie memandang wajah MaRReLLoSa Geng satu per satu. “siapa dia?” tanya Fie
tiba-tiba hingga MaRReLLoSa Geng terkejut dan memandang satu sama lain. “siapa
dia?” tanya kali kedua dari Fie. “aku tak tahu,rasanya dia baru dekat taman ni,”
ucap Aiel. Mata Fie masih tidak melepaskan untuk memandang jejaka tadi. Hati
Fie semakin berdebar apabila jejaka tadi berjalan ke arah Fie sambil tersenyum.
“Assalamualaikum wahai bidadari Shah,” ucap jejaka tadi sambil menghulurkan
tangannya kepada Fie. Mata Fie mula berkaca dan hatinya mula berasa sebak.
“Shah,”ucap Fie sambil memeluk tubuh jejaka tadi dengan erat. “awak..”panggil
jekaka tadi sambil berbisik di halwa telinga Fie. “saya tak nak kehilangan
awak Shah,saya tak nak berpisah dengan
awak Shah,tolonglah,”ucap Fie sambil menangis teresak-esak. “awak,please lepaskan saya dengan rela,”ucap
jejaka tadi sambil mengusap lembut rambut Fie. “saya tak nak lepaskan awak dari
hidup saya,saya tak sanggup kehilangan awak..awak tahu 4 tahun saya menahan rindu
saya dekat awak,saya cuba jadi seorang yang tabah tapi saya tak kuat shah,kalau
awak tiada di sisi saya,”luah hati Fie. Jejaka tadi masih mengusap rambut Fie
dengan lembut dan melepaskan pelukan Fie itu dengan perlahan-lahan sambil
mengesat air mata Fie. “Shah tak suka kalau bidadari Shah nangis,Shah nak lihat
bidadari Shah sentiasa senyum dan ceria. Shah juga rindukan Fie,ingat tak apa
yang shah bagitahu kat Fie,jadi seorang yang tabah dan sentiasa yang kuat
menempuh dugaan hidup,”ucap jejaka tadi sambil tersenyum. “Shah,”panggil Fie.
“Shah,” “Shah,” “Shah!!” jerit Fie apabila jejaka tadi mula menghilangkan diri
dari pelukan Fie. Puan Shawani yang mendengar anaknya menjerit nama Shah mula
belari ke arah bilik anaknya itu. “astagfirullah,Fie,” Puan Shawani menjerit
apabila Fie sudah pun berada di hujung beranda biliknya. “ma,tolong pujuk Shah
balik ma,Fie tak sanggup kehilangan dia ma,”air mata puan Shawani sudah pun
mengalir keluar dengan apa yang ditanggung oleh anaknya itu. Rindu akan diri
orang yang sudah pergi selamanya selama 4 tahun dan perasaan rindu itu sentiasa
dipendam tanpa membuka sikit pun tentang diri orang yang dirinduinya itu telah
membuat diri Fie semakin merana. “Fie,relakan pemergian arwah Fie,”ucap lembut
Puan Shawani. “Fie dah cuba lepaskan Shah,tapi Fie tak mampu ma,semakin Fie nak
lupakan Shah,semakin itu juga Fie rindukan Shah ma,Shah berjaya ubah hidup Fie
jadi yang terbaik ma,tapi kenapa Shah buat macam ni?” tanpa diduga MaRReLLoSa
Geng terdengar perbualan antara Fie dan mamanya. “adakah sebab pemergian
seseorang yang dirinya sayang dia jadi seorang yang kasar?” tanya Aiel. “kisah
dia,sama dengan kisah aku,” luah hati Qisz. “ ternyata Fie lebih kuat dari
aku,” sambung Qisz perlahan. “apa maksud kau?” tanya Ariz. “selama ini aku fikir
aku saja menderita kerana kehilangan orang yang panggil aku sayang iaitu Edie
dalam hidup aku rupanya Fie juga mengalami perkara yang sama cuma Edie pergi
dalam keadaan yang aku rela bukan terjadi macam Fie. “Edie?” Ariz mengerutkan
dahinya. “ya,Edie Qayyum,aku tahu dia takkan hidup lama sebab dia ada penyakit
radang paru-paru,dia pergi malam aku tiba dekat hospital nak jumpa dia,dia
pergi dalam pelukan aku, masa tu dia ada cakap yang dia sayangkan aku sangat-sangat..lepas dari kisah tu aku
cuba bangun tetapi aku tak kuat hingga aku masuk dalam MaRReLLoSa Geng,”ucap
lemah Qisz. Aiel hanya menepuk bahu Qisz.
“Qusyai,” panggil Fie. Qusyai yang sedang
berjalan terus ke arah Fie yang turut berjalan ke arahnya itu. “ni apa yang kau
nak,so,kerja aku dah selesaikan?” Fie
memberi sampul besar kepada Qusyai. “this
for you,” mereka bertukar milik satu sampul besar dari Qusyai kepada Fie.
“hai,Qusyai,” ucap Zaini manja sambil memeluk lengan Qusyai. Fie yang mula rasa
loya terus berundur sambil tersenyum. “thanks
Qusyai,” ucap Fie sebelum pergi. “apa dalam sampul tu Qusyai?”tanya Zaini
tiba-tiba yang merampas sampul tersebut dari gengaman Qusyai. “kau tak payah
buat gedik dekat aku la,kau nak buat,buat dekat Amierul tu cukup!” marah Qusyai
sambil merampas kembali sampul tersebut dari tangan Zaini. Zaini diam terkaku
sambil menjeling tajam arah Qusyai. “just
wait you!”marah hati Zaini. “wey,Qusyai bagi apa dekat kau?” tanya Zaini
tiba-tiba kepada Fie. MaRReLLoSa Geng hanya memandang wajah Zaini sambil
tersenyum sinis. “dia bagi aku coklat sempena hari jadi aku hari ini,kenapa?
Amierul tak pernah bagi macam tu dekat kau?” peril sinis Fie. Zaini diam
mencari idea. “kalau tak Amierul ,Zarul,kalau bukan Zarul sapa-sapa yang kau
rasa ada skandal dengan kau,”sambung Fie lagi. Zaini mula bergerak meninggalkan
MaRReLLoSa Geng namun pantas dihalang oleh Aiel. “kenapa nak pergi,mari la join
kitaorang? Kan kau suka sangat nak tahu tentang kitaorang..lebih baik kau tahu
daripada kau buat fitnah tentang kitaorang!” balas Aiy ‘pedas’. Zaini mula
menjeling MaRReLLoSa Geng dengan perasaan yang sangat marah di dalam hati.
“Helmi,” panggil Zaini manja. Helmi mendekati Zaini yang berada dalam
MaRReLLoSa Geng. Belum sempat Helmi membuka mulut Syaz sudah pun meletakkan
satu notis di atas meja Aiel. ~WE DON’T
TALK WITH BOY IF NOT IMPORTANT~ Helmi memandang satu per satu wajah
MaRReLLoSa Geng dengan hairan. “dekat tuisyen macam lain perangai,dekat sekolah
macam lain perangai..notis korang ni dah tak boleh pakai,” Helmi menganggap
notis itu hanyalah satu gurauan semata-mata. “er..sorry ganggu guys,” ucap
Amie yang mencelah tiba-tiba. “ya?” ucap MaRReLLoSA Geng serentak. “ada
sapa-sapa nak hantar buku Math?” tanya Amie sopan. Amie tahu MaRReLLoSa Geng
tak suka ada yang cuba menyampuk atau menganggu geng mereka dan notis itu dari
awal tahun lagi masih diguna pakai oleh MaRReLLoSa Geng hingga ke hari ini dan
tiada seorang lelaki pun yang berani melanggar notis tersebut kecuali kalau
mereka betul-betul bosan tiada apa untuk bersembang barulah mereka akan cuba
bersembang dengan MaRReLLoSa Geng namun Helmi sahaja yang menganggap perkara
itu main-main. “matilah kau Helmi kena belasah dengan mereka,” ucap hati Amie
sambil tersenyum menahan ketawa kepada Helmi. “make sure our books..”Qisz memberi amaran kepada Amie. “bro,hati-hati,” ucap Amie sebelum pergi
kepada Helmi. Fie yang faham maksud yang disampaikan oleh Amie hanya tersenyum
manis kepada Amie. “kacau betul la, Amie ni!” marah helmi sebaik sahaja Amie
pergi dari MaRReLLoSa Geng. “eh,’pakwe’kau datang la Fie,” umpan Syaz
tiba-tiba. Fie memandang ke arah pintu kelas sambil tersenyum. Segera Fie
mendekati diri Amierul yang tercegat di depan pintu kelas. Zaini yang perasan Fie
sudah mendekati pakwe kesayangannya itu terus mengejar Fie. MaRReLLoSa Geng hanya
ketawa mengekek bila uman mereka terkena. “lama tak nampak wey?” Fie bergerak
ke arah Amierul sambil berjebat tangan dengan Amierul dan kawan-kawannya.
“Amierul nak jumpa sapa?” tanya Aiy kuat. “nak jumpa Fie sekejap,boleh tak?”
jerit Ammar kuat. Zaini sudah pun berasa cemburu apabila menyangka Amierul mahu
berjumpa dengan Fie. “eh,kau apa hal,main tarik-tarik rambur orang ni? Buang
tabiat ka? Atau au nak cari gaduh dengan aku? Eh,tak ada masalah,”marah Fie
kasar apabila Zaini menarik rambutnya. MaRReLLoSa Geng bangun dan membantu Fie.
“apa hal Ammar?” tanya Aiel tiba-tiba. “petang ni tempat biasa pukul lima,”
ucap Ammar sebaik sahaja melihat kelibat guru masuk ke dalam kelas. “kau tak
nak balas dendam?” tanya Wani sambil memandang wajah Zaini. “petang ini kita
gaduh dengan mereka,ajak geng Ira sekali,”arah Zaini apabila marahnya sudah
sampai kemuncak.
Petang itu, MaRReLLoSa Geng, Geng
Qusyai, Amierul dan kawan-kawannya berkumpul untuk meraikan kejayaan mereka
menewaskan pasukan senior dalam bola sepak disamping tiada pengaruh atau ugutan
daripada senior untuk buli mereka. “cayalah la korang,mantap!!” puji
bertalu-talu dari Fie. Masing-masing hanya tersenyum puas sambil meraikan
kejayaan mereka. “wey,Fie!” jerit Zaini kuat hingga semua memandang dirinya.
Fie ke arah mereka sambil memandang wajah Zaini dengan renungan tajam. “kau apa
hal ha? Pakwe aku pun aku nak rampas, perempuan jenis apa kau ni ha? Pakwe Ira
kau nak rampas,Zarul pun kau nak ambil, kau perempuan macam ular! suka main dan
rampas pakwe orang!” tengking Zaini tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat
dirinya. “dan kau nak tahu kau perempuan jenis apa?” balas Fie lembut.
“perempuan kaki cemburu dan tak boleh tengok orang senang, wey, aku nak tanya
kau dah kahwin dengan Amierul ker? Dah kawin dengan Amri ka? Dah kahwin dengan
Zarul ka? Tak lagi kan? Baru kaple kan..apa masalah korang kalau aku rapat
pun..perempuan lain rapat sambil peluk korang tak kisah pun” balas Fie kasar.
Zaini menampar pipi Fie namun pantas Fie menumbuk pipi Zaini hingga bibrnya
berdarah. “mai la,kalau berani,” Fie tersenyum sinis. “oopss..lupa pulak
korangkan gadis yang lemah lembut,nanti kalau aku belasah nangis pula mengadu
dekat pakwe,macam ini lah,pakwe korang ada dekat hujung sana pergi lah
mengadu!” Fie sengaja bercakap kuat. Masing-masing terkejut dan memandand
sesama sendiri. Fie memberi isyarat kepada MaRReLLoSa agar membantunya. Pantas
MaRReLLoSa Geng mencari peluang untuk menghasut orang yang berada di situ.
“korang tak nak tolong ‘awek-awek’ korang?” tanya Aiel.
Qusyai,Amierul,Amri,Fizy dan ramai lagi memandang satu sama lain dan bangun
bergerak ke arah Fie dan kumpulan Zaini. “aku rasa Fie lagi okey dari
korang..betul la apa yang dia cakap,kawan korang yang lain rapat korang tak
kisah,kalau kami peluk pun tak kisah tapi kalau MaRReLLoSa Geng datang untuk
tanya sesuatu padahal perkara tu hanya kecil sahaja macam nampak cikgu atau
tidak,korang sudah anggap lain macam..korang ni la sebenarnya perempuan ular,”
ucap tenang Qusyai sambil menepuk bahu Fie supaya bersabar. “ that
right,” turut di sokong beberapa kumpulan Amierul dan Fizy. Ira yang mula
hilang sabar dengan penyataan tersebut cuba membidas. “mereka saja lah yang
baik,habis tu kami ni jahat?” ucapnya sambil mengalir air mata. “ mereka
sebenarnya tak layan pun kami,yang korang tengok tadi kami tengah ‘hapy-hapy’ tu sebenarnya kami meraikan
kejayaan yang besar. Kami telah bersatu nak hapuskan sesuatu,” terang Fizy
tenang. “kami tak kebulur pun lelaki dalam hiup kami,kami perlukan kerjasama
dengan semua orang,” ucap MaRReLLoSA Geng tenang sambil tersenyum manis. Sebaik
sahaja Zaini dan lain-lain meminta maaf dengan hati yang sebal dan berlalu
pergi tiba-tiba Fie rebah jatuh ke bumi. “ Fie!!” jerit Aiel. “Shah,” ucap Fie
sambil menuding jari ke arah sesuatu tempat. “Fie!!” jerit MaRReLLoSa Geng yang
lain apabila Fie pengsan di pangkuan Aiel. “assalamualakum Nur Soffieana,” ucap
satu suara kepada Fie. Perlahan matanya membuka dan memandang satu susuk tubuh
tersebut sambil menangis. “SHAH,” jerit Fie.